Wednesday, August 29, 2007

Syair Siti Sianah

Syair ini dikarang oleh Raja Ali Haji yang juga mengarang Syair Kitab Al-Nikah,Syair Hukum Faraid,Syair Sinar Gemala Mastika Alam dan Gurindam Dua Belas(Abu Hasan Sham,1993).Kesemua puisi tersebut adalah berunsur islam .Pengetahuan Raja Ali Haji dalam bidang agama agak luas.Oleh itu,beliau dapat menghasilkan karya yangt berunsur agama seiring dengan ilmu pengetahuannya.
Syair Siti Sianah ialah sebuah hasil karya yang membicarakan tentang kaum wanita.Siti Sianah merupakan watak wirawati dalam syair ini.Pengarang lain juga tidak terkecuali untuk menpamerkan watak wanita dalam syairnya antaranya ialah Syair Siti Zubaidah,dan Syair Ken Tambunan.Namun begitu,Syair Siti Sianah berbeza dengan syair diatas kerana ia tidak membicarakan tentangkisah romantis.Tetapi syair ini membicarakan tentang masalah agama,syariat dan tasawuf.Justeru itu,banyak nilai pengajaran yang terdapat dalam syair ini.