Wednesday, September 19, 2007



Comel kan mickey ni........hehe...

Anda pasti teruja melihatnya mickey bersama fara kan...

Jangan jeles erk...apa-apa hal pun sebelum itu, fara nak kenalkan diri fara .Okey gadis kecik molek ni datangnya dari negeri cik Siti Wan Kembang.Kat ner erk..teka lah sendiri hehe...Kat ner lagi kalau bukan negeri Kelate.Okey nama kawe yang diberi oleh mak ayah ialah Nur Faradiana bt Abdullah.Sekarang fara belajar kat Universiti Putra Malaysia (UPM) kat Serdang Selangor dalam kursus Linguistik .Kini sudah tahun akhir,tahun 2008 habislah pengajian fara.


Wednesday, August 29, 2007

Syair Siti Sianah

Syair ini dikarang oleh Raja Ali Haji yang juga mengarang Syair Kitab Al-Nikah,Syair Hukum Faraid,Syair Sinar Gemala Mastika Alam dan Gurindam Dua Belas(Abu Hasan Sham,1993).Kesemua puisi tersebut adalah berunsur islam .Pengetahuan Raja Ali Haji dalam bidang agama agak luas.Oleh itu,beliau dapat menghasilkan karya yangt berunsur agama seiring dengan ilmu pengetahuannya.
Syair Siti Sianah ialah sebuah hasil karya yang membicarakan tentang kaum wanita.Siti Sianah merupakan watak wirawati dalam syair ini.Pengarang lain juga tidak terkecuali untuk menpamerkan watak wanita dalam syairnya antaranya ialah Syair Siti Zubaidah,dan Syair Ken Tambunan.Namun begitu,Syair Siti Sianah berbeza dengan syair diatas kerana ia tidak membicarakan tentangkisah romantis.Tetapi syair ini membicarakan tentang masalah agama,syariat dan tasawuf.Justeru itu,banyak nilai pengajaran yang terdapat dalam syair ini.